Teknik Pemasaran Digital Berkesan Pacu Perniagaan

KUALA LUMPUR 8 OGOS – Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn Bhd (CEDAR) menganjurkan seminar eksklusif, MindLab Series untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

CEDAR, anak syarikat Kumpulan SME Bank dengan kerjasama Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) sentiasa bersedia membimbing usahawan terhadap penggunaan teknik pemasaran digital yang berkesan.

Edisi keenam MindLab Series diadakan di MaGIC menampilkan tiga professional yang pakar dalam bidang perniagaan seperti Perunding Pemasaran Digital Satu Creative Services Sdn. Bhd., Azuar Zainuddin.

Ketua Pegawai Operasi CEDAR, Mohammad Husain Mohd. Dawoed berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DTFZ).

Katanya, pemasaran digital juga didorong oleh rakyat Malaysia yang menerima pakai ekonomi internet dan e-dagang secara meluas.

Jelasnya lagi, CEDAR dan MaGIC memilih tajuk Memanfaatkan Strategi Pemasaran Digital Untuk Memacu Perniagaan sebagai topik seminar MindLab berkenaan.

“Malaysia kini mengetuai pasaran e-dagang di rantau ini yang menjana hasil sebanyak AS$2.3 billion (RM9.85 billion) pada 2015 dan PKS tempatan perlu mengambil kesempatan ini bagi meneroka pasaran digital secara agresif untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Ini penting kerana Malaysia menyasarkan untuk menggandakan pertumbuhan e-dagang negara dan meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM211 billion menjelang 2020,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MindLab Series adalah seminar suku tahunan yang dianjurkan oleh CEDAR dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan usahawan PKS.

Edisi keenam MindLab Series diadakan di MaGIC menampilkan tiga professional yang pakar dalam bidang perniagaan seperti Perunding Pemasaran Digital Satu Creative Services Sdn. Bhd., Azuar Zainuddin.

Published in Utusan Malaysia, 9 August 2017

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *